Monday, August 29, 2011

perasaan untuk lempang diri sendiri . hari ini =='

kadang-kadang rasa nak lempang diri sendiri.tapi kadang-kadang je la,bukan selalu.perasaan rasa nak lempang tu datang bila terjadinya sesuatu perkara yang menjengkelkan kat diri aku.ia selalu terjadi dalam keadaan sedar dan kurang sekali terjadi dalam tak sedar.lempang sekali lagi. paangg ! berikut antara perkara yang sering terjadi dan menyesal dikemudian hari .






  1. bila lewat tido,dekat jam 0400 barulah menyesal tak tido awal.barulah tergedik-gedik nak stress tak cukup tido.
  2. Malas.bila datang je mendealah nie,satu hape keje memang tak jadi.lepas tu baru menyesal menghabiskan masa sehari suntuk tanpa membuat satu perkara yang bermanfaat.
  3. makan.asal tengok iklan kat memane yang ada gambar menunjukkan makan,nak-nak tempat yang best memang tak kan lepaskan peluang nak pergi try.lepas tu baru menyesal sebab ape weight tak turun-turun.makan 24jam!
  4. suka tangguh keje yang penting,ntahla satu perangai ni susah sungguh nak delete.dekat deadline ke baru sibuk bz macam nak dapat anugerah cemerlang.lepas tu menyesal sebab sepatutnya boleh buat awal and do something better lagi .
  5. yang ni pun satu jugak,suka sangat tangguh solat.lepas layan sinetron,sibuk layan telenovela bella tu plak.tu belum kira kalau yang terlepas,lepas tu inilah itulah.lepas tu baru menyesal sebab kenapa lah solat lewat,patutlah Allah tangguh rezeki sebab diri sendiri suka tangguh solat.kene muhasabah balik :( wake upp Athirah !!



Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)


esok last day umat islam berpuasa,so marilah kita sama-sama manfaatkan ramadhan yang terakhir untuk tahun ini.tiba-tiba hati rasa sayu bila ramadhan meninggalkan kita.bila sebut ramadhan,semua orang akan tetiba nak banyak bersedekah,banyak melakukan amal ibadat,menjaga tutur kata,cerita drama kat tv pun semua yang elok-elok,saling bermaafan,indahnya ramadhan ni kan?semoga Allah mempertemukan kita pada ramadhan akan datang.

ok lah.nanti raya kita cerita pasal raya plak kay :).Assalamualaikum !