Friday, April 6, 2012

Kerana Kau........Sebatang Gigi

intro dengan muka macho penuh bergaya*.

Assalamualaikum.
kali ini saja aku mulakan entri dengan setepek gambar penuh makna . serius , gambar ni menunjukkan seribu satu makna yang tersurat dan tersirat tentang apa yang telah berlaku pada aku sejak 2 minggu lepas . teruskan membaca .

aku tak pernah membayangkan diusia sebegini , masih ada dikalangan gigi aku yang sedia ada tumbuh lagi  bagai kanak- kanak  diusia yang baru belajar mengenal alif ba ta . Bagi aku itu adalah perkara biasa untuk sesetengah orang yang baru hendak menginjak ke alam dewasa , seperti aku . 

tahukah anda bahawa pada peringkat 20-an gigi yang terakhir atau lebih glamor dipanggil gigi bongsu akan tumbuh ? iya , mungkin ada sesetengah lebih awal tumbuhnya dan aku diusia 23 ini , masih giat tumbuh dengan rakusnya !

Tak dapat aku bayangkan betapa sakitnya tumbuh gigi kali ini . rasanya lebih kronik daripada biasa . Hampir separuh mati ak menahan sakit yang teramat dek kerana gusi gigi aku mula membengkak . Pernah suatu malam , aku bagai merasa malam itu merupakan malam terakhir untuk aku . Aku lantas menelefon emak yang saat itu ku kira emak sudah pun lena dibuai mimpi , terus aku minta maaf dan ampun dekat emak kerana aku bimbang aku tidak sempat memohon ampun kerana disaat itu aku sudah tidak mampu berdiri . Hanya yang ku ingat ketika itu agar Allah memberi peluang untuk aku menelefon emak dan aku dapat menunaikan solat isya sebelum aku mati . fullstop !





Selepas check-up , doktor bagitahu bahawa gigi ku sebaiknya dicabut kedua dua bahagian kiri dan kanan . Damn ! setahu aku gigi yang paling aku sakit adalah bahagian kiri . Atas nasihat doktor aku bersetuju setelah penerangan yang rasional diberikan , kata beliau sekiranya aku tidak mencabut gigi dibahagian belah kanan (baru nak tumbuh) aku akan mengalami sakit yang serupa di kemudian hari .


sila perhatikan gigi di bahagian hujung sekali atas dan bawah


Lepas dah buat appointment dengan doktor pakar , aku dikehendaki menjalani x-ray . bunyinya agak horror . Almaklumlah , yang sakitnya gigi sahauja tapi perlu x-ray bagai . Selepas x -ray doktor memberitahu sesuatu yang amat membimbangkan aku . kata doktor gigi yang perlu sebaiknya aku cabut adalah sebanyak 4 batang ! demn sekali lagi .
cuba kau orang bayang kan , daripada 1 batang , pergi ke 2 batang terus kepada 4 golll !!
dalam hati aku sempat berkata cabut semuanya lagi senang doktor !

kata doktor ,(doktor yang lain pulak ye !) gigi bongsu aku dibahagian atas terlalu panjang dan tambah doktor lagi , sebenarnya gigi bongsu tidak ada apa-apa fungsi dalam kesemua gigi tersebut . Jadi , doktor telah memberikan pilihan kepada aku sama ada aku ingin cabut atau tidak . oh ! i hate dilemma :( .

Finally , untill now aku masih belum putuskan lagi tentang perkara tersebut . tapi tarikh untuk operation telah dibuat dan penerangan tentang sewatu pembedahan  nanti pun telah diberi . oh ya , untuk pengetahuan , gigi bongsu tidak dilakukan di klinik kesihatan (bagi kerajaan ) dan ianya akan dilakukan di hospital dan under GA (general aneasthesia) iaitu bius sepenuhnya dan hanya dilakukan oleh pakar dental . Ini disebabkan faktor masa yang diambil agak lama dan kedudukan gigi bongsu yang berdekatan dengan salur darah besar jadi agak berisiko . tapi kata doktor risiko pembedahan hanya lingkungan 10-20 % sahaja.

pada anda semua sila doakan aku ya agar semuanya selamat . kalau ada yang sama pengalaman aku , silalah share yea :))


thanks for reading !!

Sunday, February 26, 2012

Dalam Malas , Ku gagahi jua .

Assalamualaikum :)



that is the fact.
Haah  memang  pun.kalau  anda  perasan  (kalau terperasanlah)  aku  memang  kurang mengupdate  blog  aku. Aku  tidak  serajin  kawan  aku  Suhatikah, beliau  memang  dari  azali  rajin mengupdate  blog  beliau.  Kadang-kadang  ada  suatu  masa,ada  banyak  benda  aku  nak kongsi. Tapi  terhenti  seketika dek  kerana  kemalasan  yang  melampau.  


Sekarang,
Kalau  aku bukak  facebook  pun lebih  kurang  gitu  jugaklah.  Bukak  facebook  kemudian  stalker   dan  komen  status  orang. Di  twitter pun  gitu  jugak , aku  lebih  suka  membaca  apa  yang  orang  tweet.  kalau  nak  harap  aku  tweet,  tunggu  dapat  seru  barulah  nak tweet.  kalau yang  simple  pun  aku dah  malas,  apetah  lagi  dekat  blog  . 




Bukan  malas  sebenarnya.  


Bagi  aku selagi  tiada  benda  yang  best  nak post ,  aku  malas  nak post. Yelah,  takkan  aku  nak  pergi  kedai  beli  belacan pun  aku nak  post.  ye tak ?  kadang -kadang  aku  malas nak post  suatu  perkara  tu bersebab .  Lagi  pun  aku  bukanlah  supermodel  macam  Kim  Kardashian,  bukanlah  penulis  blogger  yang  tersohor  seperti  Ben  Ashaari (bukan bodek ya,tapi fakta)  dan  pasti  bukanlah  penyanyi  lagu  Awan  Nano  yang  telah  menang  pada  anugerah  Juara  Lagu  yang  lepas.  BUKAN. 

Antara  SEBAB  yang  aku  maksudkan  ialah :

BILA KITA SEDANG BEREMOSI- status  berbaur  marah,  benci,  sedih,  sakit hati,  dan sebagainya pasti  akan terzahir melalui status kita.  mungkin  antara  sedar  atau tidak  orang  yang  kita  maksudkan  tadi  terbaca  dan  ada orang  lain yang  turut  sama  membaca  status  tersebut  akan  terpanggil  untuk  mengetahui  apakah  yang  telah  berlaku   walhal  sebenarnya  takde  kaitan pun  dengan si  pembaca tadi dan inilah  yang  boleh  menjadi  punca  keadaan  menjadi  lebih  melarat.




BILA KITA SEDANG GEMBIRA- disuatu  sisi  status  kita  ini  akan  turut  di 'LIKE'  dan berkemungkinan  orang  telah  meng'LIKE'  itu  tadi  suka  dengan  status  tersebut.  misalnya,  status  tentang  kelahiran,  perkahwinan,  pertunangan,  dan  persahabatan.Memang  seronok  kan  bila  ramai  orang  telah  LIKE  status  kita  tadi?.  jangan  tipu.  tak baik,  dosa .
Jadi,  bila  ramai  yang  telah  mula  LIKE  status  kita  tadi,  akan  ada  segelintir  yang  menyampah  dengan  status  tersebut. ''Elehh,  tu  pun  nak  kecoh.....''ehh,baru  nak  pakai  ke  style  macam  tu??euuwww..."  begitulah  antara  kata- kata  sinis  yang  sering  kedengaran . tak  terkecuali  aku .ya,  jujur.baik  anda  semua  pun  jujur  juga.




Oleh yang  demikian,


konklusinya,  tulislah  status,  tweet,  entri  apa jua adanya  dengan  berhemah  tanpa  menyakiti  mana-mana  pihak. Dan  pada  pihak  yang  telah  membaca  tersebut,  elakkan  cubaan  melaga-lagakan  pihak  yang  terbabit.  baca  dan  senyum  serta  doakan  semuanya  selesai,  itu  lebih  berhemah .Sesungguhnya  yang  lemah  itu  datang  dari  kita,  yang  sempurna  itu  milik  Allah  swt.






                                               
Wassalam.peace yaw !
   

                                  

Monday, August 29, 2011

perasaan untuk lempang diri sendiri . hari ini =='

kadang-kadang rasa nak lempang diri sendiri.tapi kadang-kadang je la,bukan selalu.perasaan rasa nak lempang tu datang bila terjadinya sesuatu perkara yang menjengkelkan kat diri aku.ia selalu terjadi dalam keadaan sedar dan kurang sekali terjadi dalam tak sedar.lempang sekali lagi. paangg ! berikut antara perkara yang sering terjadi dan menyesal dikemudian hari .






  1. bila lewat tido,dekat jam 0400 barulah menyesal tak tido awal.barulah tergedik-gedik nak stress tak cukup tido.
  2. Malas.bila datang je mendealah nie,satu hape keje memang tak jadi.lepas tu baru menyesal menghabiskan masa sehari suntuk tanpa membuat satu perkara yang bermanfaat.
  3. makan.asal tengok iklan kat memane yang ada gambar menunjukkan makan,nak-nak tempat yang best memang tak kan lepaskan peluang nak pergi try.lepas tu baru menyesal sebab ape weight tak turun-turun.makan 24jam!
  4. suka tangguh keje yang penting,ntahla satu perangai ni susah sungguh nak delete.dekat deadline ke baru sibuk bz macam nak dapat anugerah cemerlang.lepas tu menyesal sebab sepatutnya boleh buat awal and do something better lagi .
  5. yang ni pun satu jugak,suka sangat tangguh solat.lepas layan sinetron,sibuk layan telenovela bella tu plak.tu belum kira kalau yang terlepas,lepas tu inilah itulah.lepas tu baru menyesal sebab kenapa lah solat lewat,patutlah Allah tangguh rezeki sebab diri sendiri suka tangguh solat.kene muhasabah balik :( wake upp Athirah !!



Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)


esok last day umat islam berpuasa,so marilah kita sama-sama manfaatkan ramadhan yang terakhir untuk tahun ini.tiba-tiba hati rasa sayu bila ramadhan meninggalkan kita.bila sebut ramadhan,semua orang akan tetiba nak banyak bersedekah,banyak melakukan amal ibadat,menjaga tutur kata,cerita drama kat tv pun semua yang elok-elok,saling bermaafan,indahnya ramadhan ni kan?semoga Allah mempertemukan kita pada ramadhan akan datang.

ok lah.nanti raya kita cerita pasal raya plak kay :).Assalamualaikum !


Sunday, June 19, 2011

testing.testing.pecubaan 1..2..3..

Assalamualaikum!

Ngehe.ekceli tade pape pun nak story sangat.saje tengah testing upload blog via cik phone.testing ;).jakun betul an!.application tuk blog sbenarnye dah lame download,tapi x penah try.Yang aku gune ni aku rembat kat android market.free je beb!

So,pade korang yang ade smartphone bersistem android,bleh la try ek.ala,aku punye pun cikai jek.hehe.ok,bye

P/s:tgh bejalan sambil berbelog ;)
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, June 18, 2011

Ini cerita tentang sardin roll.

Assalamualaikum.


Minggu lepas aku rase minggu best.best?apekah yang best.best sebab aku dapat jumpe dengan semua kesayangans and aku sempat balik ipoh,jumpe family aku.ouh,tu pun best gila.maybe,takde ape la sangat kan,tapi aku rase best sangat.sebab dapat lepas rindu dengan all besties aku.thanks ya!

aku bile dah sama-sama nih memang banyak la kan nak di gossip dengan kesayangans.sembang sampai lebam,itu harus.ye la,atleast nak la stori mori sepam dua.pasal boyfriend la,bile ko nak kurus la,bf ko dah hemsem belom,bf ko ade brape skrg,bile nak dapat keje,kawin bile and etc.perempuann kan.

Al-kisah,jia-aku-im memang suke bukak stori yg pecah perut since study.nak2 time praktikal.macam-macam hal.so,kebetulan nak dijadikan cerita jia bukak story time praktikal kat ampang.ade suatu hari,menjadi kewajipan kitorang kalau praktikal kene buat satu hari tuk kerohanian.so,biasala malam jumaat kite akan buat bacaan yaasin beramai2.bagus kan?.maksud aku program la.aku tetap mcam hantu jgk.

ermm,jadi malam tu selepas perbincangan,setiap rumah wajib buat satu hidangan(kuih muih cm tu la)tuk nak share makan lepas baca yaasin sesama nanti.so,rumah aku time tuh kebetulan,nasib ada sorang pakar masak.hehe,import baik punye.Kuching mari.thanks mira!u saved us :).
                                
die pandai masak.tu sebab die kawin dulu :)
lastly,we all(aku follow jek)hehe decide nak buat sardin roll.ntah,aku pun x bape sure sebenarnye ce mane.sebab time tuh,aku ketiadaan di rumah sebab sibuk berdatingan dengan kekasih masa lalu.jadi,sampai je umah,aku tengok sume sibuk-menyibuk kat dapur,menyibuk tu pasti aku yang secare tibe-tibe.waktu tu aku nampak jia tgh bz susun sardin roll,dalam bekas.

Aku pandang Jia,then Jia pandang aku balik.tanpa dorongan sesiape,aku dengan jia terus songlap sardin roll masuk mulut sekali harung secara licik tanpa sorang pun menyedari.hahaha.memang x bleh blah.maunye x tersangkut nak telan.bukan sekali yea,2 kali beb!time tuh.aku tetibe rase mcm sedapp giler kot mende tu.then,untuk mengelakkan perbuatan aku tadi dihidu oleh sesiape,aku mengisyaratkan pada jia,untuk rembat satu dua lagi.tanpa lengah lagi,jia faham arahan aku.then terus bawak masuk bilik.hahahaha,maunye gelak besar sambil makan curi-curi dalam bilik.fuhhh.best.

cam tu la serba sedikit kenangan dulu-dulu zaman baru mengenal erti hidup berdikari.cehh!tujuan kitorang buat cm tuh,sebab kitorang jangka malam tu nanti mesti x kan dapat rase punye,sebab bayangkanlah aku dengan jia aje dah macam tuh.apetah lagi kengkawan aku yg sememangnya dikalangan nafsu rakus kalau jumpe bende best.dapat bekas je la.hihi.

Tanpa buang masa,terus aku-jia-im tetiba teringin nak makan sardin roll malam tuh jugak.maklumlah,dah lame x main masak-masak together.dalam,pukul 9pm kot,kitorang dapat satu idea nak buat potluck.tapi x bape potluck sangat la.kat umah aku jugak.hehe.kebetulan, kengkawan aku supermodel Anna dengan model herbalife,hehehe Ila duk area dekat dengan umah aku.so,baru cukup korum kan;).

acara wajib.haruslah ade gambar sepam dua.


yang nie je bukan kitorang buat.hehe,sekarang senang semua ade instant.


main campak-campak je.rase,belakang kira.


eksaited nak cili orang.


penggulung sardin terulung abad ini.import khas dari Sabah


kenape sardin tu mcam horror gile lepas kene goreng?


maap yea.ini bukan mee goreng.sile lihat secara jelas.ianye adelah meggi
goreng.ehemmm.(sambil batuk gatal).



jeng jeng jeng.teruja x?ouh.surat khabar tu menunjukkan standard kebujangan yg nyata;P


Mayang's


sebelum makan.haruslah sepam dua gambar teruja.


Anna mengetuai sidang.yang lain sedang memberikan fokus sepenuh perhatian.


fokus dan terus fokus.haha


jia sedang memPLASTIKkan diri saat ini.


sebelum pulang.haruslah peluk cium dulu.


haha.terharu giler kot Jia time nih.alololo.haha


bubye darl!.hope we can meet up again.tsk >,<

tengs besties for coming to my Hilton.ngeheee.next time hopefully we still can spend much time together.walaupun ,asa tak mengizinkan untuk bersama macam dulu.ape yang penting,never ending friendship.BFF!pomish ya.even,dalam persahabatan tipulah tak de yang terkesan di hati,nak-nak haku yang memang x bape nak bagus sangat jage hati orang nih.ye.sedar diri.aku bukan sempurna mana.namun aku tetap cuba nak berikan yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang.nak-nak yang penah tido sebantal,makan sepinggan,mandi se...eh,x.asing-asing.kan.so,cukuplah zaman belaja dulu banyak mengajar aku erti pengorbanan kawan-kawan utk aku.thanks so much.tiada siapa yang tersingkir mahupun disingkir.pokok pangkalnya terpulang kepada diri masing-masing bagaimana untuk menilai dan menghargai persahabatan.aku,x mampu untuk memberi dari sudut material begitu jugak mengharap disudut itu.cukuplah saling mengingati antara satu sama lain.terlalu sukar utk aku gambarkan ketika ini perasaan rindunya aku pada kalian semua.andai ku punya kuasa untuk ku putar masa lalu,pasti saat ini aku lah paling bahagia kerana dapat bersama kuulang saat-saat indah dulu.sekiranya ada yang terguris di hati atas sikap aku yang kurang,sepuluh jari aku menyusun pohon maaf.whateva is,Best Friends Forever :)

        ::Jia-Im-Sue-Ila-Athirah::



p/s=esok pun nak jumpe besties skolah menengah :).reu.terinngat zaman nakal2.haish.rindu!


                    

Friday, May 27, 2011

Assalamalaikum^^,


dekat sepuloh tahun rasenye la kan tak update blog.ntah,kenape malas ni banyak sangat smpai nak update seketul pun tak dapat.bajet macam busy la sangat.kadang-kadang rasa macam berdozen lah nak story.tapi selalu terbantut.macam aku lah jugak.entah,aku sendiri pun tak faham dengan diri sendiri.hihi,abis tu cam ne?.aku pun pening,so tak payah pikir.layannnn je!(ala2 fafau sket^^,


korang tahu tak?...(soklan pengetahuan am)

lately sejak menjak cuti sekolah nie kan,belambak la wedding invitation card masuk kat peti surat rumah haku.aiseyh,bukan takat tu je,yelah semenjak teknologi canggih sekarang nih,kad kawin pun bleh sangkut-sangkut je kat fesbuk kan.tapayah dah penat-penat nak beli setem bagai.nak typing alamat sume,pastu semput nak gi pejabat pos sebab nak hantar berdozen kad kawin.tak payah.out of date dah....

hehe.yang paling best sebenarnye,bile bukak kad jemputan.mule laa menjerit mcam sawan x pun macam beruk tekejut la kan.HOMAIGOD!!OOEMMJAAYY!...emm,macam2 la kan.nak2 yang kawin tu ex-schoolmate yang skema giler tak hingat.tak pun budak slow je time skolah.tapi,dah besar gilerr advance beb.kawin.korang jeles tak?sob..sob..sob..MAKAN HATI X HINGAT!T_T

since aku habis study nie kan,Alhamdulillah aku dapat ade mase lepak balik same-same dengan mak aku,gossip dengan mak aku,story itu lah ini lah story kasut baru,baju raye nak beli kat jakel,emas naik rm130segram la,nak diet jadi mcam nora danish la,jumpe mamat hensem kt pasar la dan bla bla bla.macam-macam.sume aku story dengan mak aku.love u mak.



ni la mak aku.
hehe.saje tepek besar-besar nak bagitau betape aku sayangnye mak aku.nak kate aku baik sangat ,tipu la.aku pun same jugak,kadang ade jugak yang tak kena.nak-nak kalo aku nak satu benda tak dapat.teruk kan?tapi x la melampau sampai nak mintak evo10 tuhh.melampau namenye!hehe,tu sebab kadang mak aku sekarang dah pandai komplen.hehe,mak aku cakap aku ni banyak songeh.amboii!pandai komplen sekarang?hihi.ayat tu selalu aku ckap kat mak aku time die mule syarahan:P.

sekarang nie,aku rase free sikit nak cerita part-part of love story kat mak haku.dulu2,mak bising jugak,tengah blaja nak becinta bagai.mak kate,tapayah nak becinta la sangat,cinta ntah ke mane blaja ntah kemane.ye tau lah,tu pun antara jawapan yang common aku bagi la.pastu aku malas nak citer sangat,takut mak ingat aku x fokus belaja.kang dia suruh kawin kang,naye.erkk,tapi ok jugak.hihi~^,

penah aku tanye soklan bodo tak bodo jugak la.hehe,time tu aku tengah study.aku tanye mak''err.mak,kalo tirah kawin time belaja mak kasi tak?.tutup telinge cepat cepat.mak aku jawab"apeeeeee????????ni nak blaja ke nak kawin?nak kawin,tapayah blaja.nak blaja tapayah pikir kawin.phhheeeewwwh!aku paham terus ayat tuh.pedih kot.hehe

tapi tu sume dulu,sekarang tak lagi,aku faham ape yang mak aku maksudkan.thanks mak.mungkin sekarang mak dah nampak aku semakin dewasa,kadang-kadang mak yang banyak meluah dengan aku itu dan ini.sampai nak suruh aku pilih channel astro pun call aku dari ipoh kat kl nih,nak Mustika ke Warna?.hehe,haruslah Warna kan.aku nak tengok Jozan:P.ok,adik aku stress.tak dapat tengok drama indon.tak bleyh.kau budak skolah.heeeeee..

MOOD sekarang aku teringat kat mak aku.sebab mak aku call semalam.sekarang aku dengan mak tengah challenge gile la kan nak kurus.tehehe.aku tekezuuttt wooo!  
                            85KG--->82KG
maaf.tu bukan berat aku.tu berat mak.hehe.eiish!tak bleh jadik nih.nak dekat plak dengan haku.tapi aku tak pecaye lah mak aku cakap nih.saje nak bagi aku sentap la kan!its tricky!untill aku tengok dengan matekepalahakusendiri.

rajin tak hingat la kalau dah update nih.tape,insyaallah lepas ni aku cube jugak rajin.tak kisah la,bukan ade sapa nak bace pun;))ok.bubye!wassalam.


Wednesday, February 2, 2011

HARI NIE SAYE PENAT GILER DAN MALAS GILER,SAYE PUN TAK TAHU KENAPE.TAPI YANG SAYA TAHU SAYA MEMANG PENAT DAN MALAS SEKARANG NEH..

HARAP MAKLUM,*__*