Friday, April 6, 2012

Kerana Kau........Sebatang Gigi

intro dengan muka macho penuh bergaya*.

Assalamualaikum.
kali ini saja aku mulakan entri dengan setepek gambar penuh makna . serius , gambar ni menunjukkan seribu satu makna yang tersurat dan tersirat tentang apa yang telah berlaku pada aku sejak 2 minggu lepas . teruskan membaca .

aku tak pernah membayangkan diusia sebegini , masih ada dikalangan gigi aku yang sedia ada tumbuh lagi  bagai kanak- kanak  diusia yang baru belajar mengenal alif ba ta . Bagi aku itu adalah perkara biasa untuk sesetengah orang yang baru hendak menginjak ke alam dewasa , seperti aku . 

tahukah anda bahawa pada peringkat 20-an gigi yang terakhir atau lebih glamor dipanggil gigi bongsu akan tumbuh ? iya , mungkin ada sesetengah lebih awal tumbuhnya dan aku diusia 23 ini , masih giat tumbuh dengan rakusnya !

Tak dapat aku bayangkan betapa sakitnya tumbuh gigi kali ini . rasanya lebih kronik daripada biasa . Hampir separuh mati ak menahan sakit yang teramat dek kerana gusi gigi aku mula membengkak . Pernah suatu malam , aku bagai merasa malam itu merupakan malam terakhir untuk aku . Aku lantas menelefon emak yang saat itu ku kira emak sudah pun lena dibuai mimpi , terus aku minta maaf dan ampun dekat emak kerana aku bimbang aku tidak sempat memohon ampun kerana disaat itu aku sudah tidak mampu berdiri . Hanya yang ku ingat ketika itu agar Allah memberi peluang untuk aku menelefon emak dan aku dapat menunaikan solat isya sebelum aku mati . fullstop !





Selepas check-up , doktor bagitahu bahawa gigi ku sebaiknya dicabut kedua dua bahagian kiri dan kanan . Damn ! setahu aku gigi yang paling aku sakit adalah bahagian kiri . Atas nasihat doktor aku bersetuju setelah penerangan yang rasional diberikan , kata beliau sekiranya aku tidak mencabut gigi dibahagian belah kanan (baru nak tumbuh) aku akan mengalami sakit yang serupa di kemudian hari .


sila perhatikan gigi di bahagian hujung sekali atas dan bawah


Lepas dah buat appointment dengan doktor pakar , aku dikehendaki menjalani x-ray . bunyinya agak horror . Almaklumlah , yang sakitnya gigi sahauja tapi perlu x-ray bagai . Selepas x -ray doktor memberitahu sesuatu yang amat membimbangkan aku . kata doktor gigi yang perlu sebaiknya aku cabut adalah sebanyak 4 batang ! demn sekali lagi .
cuba kau orang bayang kan , daripada 1 batang , pergi ke 2 batang terus kepada 4 golll !!
dalam hati aku sempat berkata cabut semuanya lagi senang doktor !

kata doktor ,(doktor yang lain pulak ye !) gigi bongsu aku dibahagian atas terlalu panjang dan tambah doktor lagi , sebenarnya gigi bongsu tidak ada apa-apa fungsi dalam kesemua gigi tersebut . Jadi , doktor telah memberikan pilihan kepada aku sama ada aku ingin cabut atau tidak . oh ! i hate dilemma :( .

Finally , untill now aku masih belum putuskan lagi tentang perkara tersebut . tapi tarikh untuk operation telah dibuat dan penerangan tentang sewatu pembedahan  nanti pun telah diberi . oh ya , untuk pengetahuan , gigi bongsu tidak dilakukan di klinik kesihatan (bagi kerajaan ) dan ianya akan dilakukan di hospital dan under GA (general aneasthesia) iaitu bius sepenuhnya dan hanya dilakukan oleh pakar dental . Ini disebabkan faktor masa yang diambil agak lama dan kedudukan gigi bongsu yang berdekatan dengan salur darah besar jadi agak berisiko . tapi kata doktor risiko pembedahan hanya lingkungan 10-20 % sahaja.

pada anda semua sila doakan aku ya agar semuanya selamat . kalau ada yang sama pengalaman aku , silalah share yea :))


thanks for reading !!

Sunday, February 26, 2012

Dalam Malas , Ku gagahi jua .

Assalamualaikum :)



that is the fact.
Haah  memang  pun.kalau  anda  perasan  (kalau terperasanlah)  aku  memang  kurang mengupdate  blog  aku. Aku  tidak  serajin  kawan  aku  Suhatikah, beliau  memang  dari  azali  rajin mengupdate  blog  beliau.  Kadang-kadang  ada  suatu  masa,ada  banyak  benda  aku  nak kongsi. Tapi  terhenti  seketika dek  kerana  kemalasan  yang  melampau.  


Sekarang,
Kalau  aku bukak  facebook  pun lebih  kurang  gitu  jugaklah.  Bukak  facebook  kemudian  stalker   dan  komen  status  orang. Di  twitter pun  gitu  jugak , aku  lebih  suka  membaca  apa  yang  orang  tweet.  kalau  nak  harap  aku  tweet,  tunggu  dapat  seru  barulah  nak tweet.  kalau yang  simple  pun  aku dah  malas,  apetah  lagi  dekat  blog  . 




Bukan  malas  sebenarnya.  


Bagi  aku selagi  tiada  benda  yang  best  nak post ,  aku  malas  nak post. Yelah,  takkan  aku  nak  pergi  kedai  beli  belacan pun  aku nak  post.  ye tak ?  kadang -kadang  aku  malas nak post  suatu  perkara  tu bersebab .  Lagi  pun  aku  bukanlah  supermodel  macam  Kim  Kardashian,  bukanlah  penulis  blogger  yang  tersohor  seperti  Ben  Ashaari (bukan bodek ya,tapi fakta)  dan  pasti  bukanlah  penyanyi  lagu  Awan  Nano  yang  telah  menang  pada  anugerah  Juara  Lagu  yang  lepas.  BUKAN. 

Antara  SEBAB  yang  aku  maksudkan  ialah :

BILA KITA SEDANG BEREMOSI- status  berbaur  marah,  benci,  sedih,  sakit hati,  dan sebagainya pasti  akan terzahir melalui status kita.  mungkin  antara  sedar  atau tidak  orang  yang  kita  maksudkan  tadi  terbaca  dan  ada orang  lain yang  turut  sama  membaca  status  tersebut  akan  terpanggil  untuk  mengetahui  apakah  yang  telah  berlaku   walhal  sebenarnya  takde  kaitan pun  dengan si  pembaca tadi dan inilah  yang  boleh  menjadi  punca  keadaan  menjadi  lebih  melarat.




BILA KITA SEDANG GEMBIRA- disuatu  sisi  status  kita  ini  akan  turut  di 'LIKE'  dan berkemungkinan  orang  telah  meng'LIKE'  itu  tadi  suka  dengan  status  tersebut.  misalnya,  status  tentang  kelahiran,  perkahwinan,  pertunangan,  dan  persahabatan.Memang  seronok  kan  bila  ramai  orang  telah  LIKE  status  kita  tadi?.  jangan  tipu.  tak baik,  dosa .
Jadi,  bila  ramai  yang  telah  mula  LIKE  status  kita  tadi,  akan  ada  segelintir  yang  menyampah  dengan  status  tersebut. ''Elehh,  tu  pun  nak  kecoh.....''ehh,baru  nak  pakai  ke  style  macam  tu??euuwww..."  begitulah  antara  kata- kata  sinis  yang  sering  kedengaran . tak  terkecuali  aku .ya,  jujur.baik  anda  semua  pun  jujur  juga.




Oleh yang  demikian,


konklusinya,  tulislah  status,  tweet,  entri  apa jua adanya  dengan  berhemah  tanpa  menyakiti  mana-mana  pihak. Dan  pada  pihak  yang  telah  membaca  tersebut,  elakkan  cubaan  melaga-lagakan  pihak  yang  terbabit.  baca  dan  senyum  serta  doakan  semuanya  selesai,  itu  lebih  berhemah .Sesungguhnya  yang  lemah  itu  datang  dari  kita,  yang  sempurna  itu  milik  Allah  swt.






                                               
Wassalam.peace yaw !