Friday, April 6, 2012

Kerana Kau........Sebatang Gigi

intro dengan muka macho penuh bergaya*.

Assalamualaikum.
kali ini saja aku mulakan entri dengan setepek gambar penuh makna . serius , gambar ni menunjukkan seribu satu makna yang tersurat dan tersirat tentang apa yang telah berlaku pada aku sejak 2 minggu lepas . teruskan membaca .

aku tak pernah membayangkan diusia sebegini , masih ada dikalangan gigi aku yang sedia ada tumbuh lagi  bagai kanak- kanak  diusia yang baru belajar mengenal alif ba ta . Bagi aku itu adalah perkara biasa untuk sesetengah orang yang baru hendak menginjak ke alam dewasa , seperti aku . 

tahukah anda bahawa pada peringkat 20-an gigi yang terakhir atau lebih glamor dipanggil gigi bongsu akan tumbuh ? iya , mungkin ada sesetengah lebih awal tumbuhnya dan aku diusia 23 ini , masih giat tumbuh dengan rakusnya !

Tak dapat aku bayangkan betapa sakitnya tumbuh gigi kali ini . rasanya lebih kronik daripada biasa . Hampir separuh mati ak menahan sakit yang teramat dek kerana gusi gigi aku mula membengkak . Pernah suatu malam , aku bagai merasa malam itu merupakan malam terakhir untuk aku . Aku lantas menelefon emak yang saat itu ku kira emak sudah pun lena dibuai mimpi , terus aku minta maaf dan ampun dekat emak kerana aku bimbang aku tidak sempat memohon ampun kerana disaat itu aku sudah tidak mampu berdiri . Hanya yang ku ingat ketika itu agar Allah memberi peluang untuk aku menelefon emak dan aku dapat menunaikan solat isya sebelum aku mati . fullstop !





Selepas check-up , doktor bagitahu bahawa gigi ku sebaiknya dicabut kedua dua bahagian kiri dan kanan . Damn ! setahu aku gigi yang paling aku sakit adalah bahagian kiri . Atas nasihat doktor aku bersetuju setelah penerangan yang rasional diberikan , kata beliau sekiranya aku tidak mencabut gigi dibahagian belah kanan (baru nak tumbuh) aku akan mengalami sakit yang serupa di kemudian hari .


sila perhatikan gigi di bahagian hujung sekali atas dan bawah


Lepas dah buat appointment dengan doktor pakar , aku dikehendaki menjalani x-ray . bunyinya agak horror . Almaklumlah , yang sakitnya gigi sahauja tapi perlu x-ray bagai . Selepas x -ray doktor memberitahu sesuatu yang amat membimbangkan aku . kata doktor gigi yang perlu sebaiknya aku cabut adalah sebanyak 4 batang ! demn sekali lagi .
cuba kau orang bayang kan , daripada 1 batang , pergi ke 2 batang terus kepada 4 golll !!
dalam hati aku sempat berkata cabut semuanya lagi senang doktor !

kata doktor ,(doktor yang lain pulak ye !) gigi bongsu aku dibahagian atas terlalu panjang dan tambah doktor lagi , sebenarnya gigi bongsu tidak ada apa-apa fungsi dalam kesemua gigi tersebut . Jadi , doktor telah memberikan pilihan kepada aku sama ada aku ingin cabut atau tidak . oh ! i hate dilemma :( .

Finally , untill now aku masih belum putuskan lagi tentang perkara tersebut . tapi tarikh untuk operation telah dibuat dan penerangan tentang sewatu pembedahan  nanti pun telah diberi . oh ya , untuk pengetahuan , gigi bongsu tidak dilakukan di klinik kesihatan (bagi kerajaan ) dan ianya akan dilakukan di hospital dan under GA (general aneasthesia) iaitu bius sepenuhnya dan hanya dilakukan oleh pakar dental . Ini disebabkan faktor masa yang diambil agak lama dan kedudukan gigi bongsu yang berdekatan dengan salur darah besar jadi agak berisiko . tapi kata doktor risiko pembedahan hanya lingkungan 10-20 % sahaja.

pada anda semua sila doakan aku ya agar semuanya selamat . kalau ada yang sama pengalaman aku , silalah share yea :))


thanks for reading !!